Sze Fei-Nur Izzuddin mara separuh akhir Terbuka Thailand

15 Mei 2026, 7:46 AM
Sze Fei-Nur Izzuddin mara separuh akhir Terbuka Thailand

SHAH ALAM, 15 MEI: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke separuh akhir Terbuka Thailand selepas bangkit menewaskan pasangan Scotland, Christopher Grimley-Mathew Grimley di Stadium Nimibutr, Bangkok, hari ini.

Pilihan ketiga kejohanan itu berdepan saingan sengit sebelum mencatat kemenangan 19-21, 21-15, 21-8 dalam tempoh 50 minit.

Pasangan negara itu dijadual berdepan pilihan pertama kejohanan, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty bagi perebutan tiket ke final.

Sebelum ini, beregu India itu menewaskan satu lagi beregu negara, Bryan Goonting-Muhammad Haikal Nazri di pusingan kedua kejohanan.

Kemaraan ke separuh akhir itu turut meneruskan momentum positif dipamerkan Sze Fei-Nur Izzuddin yang sebelum ini muncul juara Indonesia Masters bertaraf Super 500, Januari lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.