Terbuka Perancis 2026: Pearly-Thinaah, dua beregu lelaki mara ke suku akhir

23 Okt 2026, 12:45 AM
Terbuka Perancis 2026: Pearly-Thinaah, dua beregu lelaki mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Gandingan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dan dua pasangan beregu lelaki melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis 2026 selepas melepasi halangan masing-masing pada pusingan 16, awal pagi tadi.

Dalam acara beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempamerkan aksi cemerlang apabila mengejutkan pilihan kelapan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, menerusi kemenangan dua set 25-23, 21-14.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan beregu negara itu akan bertemu satu lagi rakan sepasukan iaitu gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Turut mara ke pusingan lapan terbaik ialah pasangan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-6, 14-21, 21-18 selepas bangkit dalam set penentuan.

Cabaran getir menanti Sze Fei-Nur Izzuddin pada suku akhir apabila mereka dijadualkan menentang pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae yang menewaskan mereka dalam empat daripada enam pertemuan sebelum ini.

Pasangan Korea Selatan itu sebelum ini menyekat kemaraan pasangan muda Malaysia, Aaron Tai-Yap Roy King, menerusi kemenangan dua set 21-14, 21-16.

Sementara itu, dalam acara beregu wanita, Pearly-Thinaah terpaksa menangkis cabaran sengit rakan senegara yang lebih muda, Ong Xin Yee-Carmen Ting, sebelum mencatat kemenangan 21-14, 22-20.

Pearly-Thinaah seterusnya akan menentang pasangan Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva, bagi merebut tempat ke separuh akhir.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.