Sijil analisis wajib untuk lima sayuran import dikuat kuasa mulai 1 Jun

14 Mei 2026, 11:45 AM
Sijil analisis wajib untuk lima sayuran import dikuat kuasa mulai 1 Jun
Sijil analisis wajib untuk lima sayuran import dikuat kuasa mulai 1 Jun
Sijil analisis wajib untuk lima sayuran import dikuat kuasa mulai 1 Jun

PUTRAJAYA, 14 MEI: Keperluan Sijil Analisis (CoA) bagi lima jenis sayuran import akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini dalam usaha memperketat kawalan keselamatan makanan negara, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima jenis sayuran berkenaan ialah cili merah, timun, tomato, sayur sawi dan kubis bulat.

"Langkah ini dilaksanakan bagi memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara, khususnya dalam memastikan sayuran import yang memasuki pasaran tempatan mematuhi standard keselamatan dan kualiti ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Pelaksanaan syarat CoA itu akan dibuat secara bersepadu melalui kerjasama antara Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di semua pintu masuk negara.

KPKM akan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan itu berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan kestabilan bekalan sayuran di dalam negara.

Menurut KPKM, panduan permohonan CoA akan dimuat naik melalui laman sesawang rasmi kementerian dalam masa terdekat untuk rujukan pengimport dan pihak berkepentingan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.