Lapan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian kepala air di Cameron Highlands

13 Mei 2026, 1:50 PM
Lapan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian kepala air di Cameron Highlands

KUANTAN, 13 MEI: Lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas berdepan detik cemas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Mensun, di Kampung Orang Asli Terisu, Cameron Highlands hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan lapan kanak-kanak lelaki berusia lingkungan empat hingga 12 tahun itu pada 5.10 petang tadi.

Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands telah bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sungai berkenaan setengah jam kemudian.

“Sejurus tiba di lokasi, bomba memulakan operasi dengan menggunakan tali untuk menyeberangi sungai bagi menyelamatkan kesemua mangsa yang berada di atas batu ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada 7.58 malam dan diserahkan kepada polis serta keluarga masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.