STDC bawa agenda AI Selangor ke pentas antarabangsa di Australia

8 Mei 2026, 1:58 AM
STDC bawa agenda AI Selangor ke pentas antarabangsa di Australia
STDC bawa agenda AI Selangor ke pentas antarabangsa di Australia
STDC bawa agenda AI Selangor ke pentas antarabangsa di Australia

SHAH ALAM, 8 MEI: Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa bakat muda Selangor apabila menjadi agensi pengelola Konvensyen Mahasiswa Selangor Luar Negara Australia 2026 yang berlangsung di Park Royal, Darling Harbour.

Konvensyen bertemakan “Young Innovators Shaping Malaysia’s Future” itu menghimpunkan mahasiswa Selangor di Australia bagi membincangkan peranan generasi muda dalam memacu pembangunan teknologi dan inovasi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif STDC Dr Harizal Hamid bersama wakil tenaga pengajar industri turut membentangkan topik “Empowering Selangor Students with Google Cloud AI”, yang memberi fokus kepada pembangunan bakat digital dan penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan mahasiswa Selangor.

Pembentangan itu mengetengahkan pendekatan strategik STDC dalam menyediakan latihan berimpak tinggi menerusi ekosistem Google Cloud, meliputi bidang Generative AI, MLOps, Secure Model Deployment, Multimodal Development serta AI Governance and Security.

Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa bakat muda Selangor apabila menjadi agensi pengelola Konvensyen Mahasiswa Selangor Luar Negara Australia 2026 yang berlangsung di Park Royal, Darling Harbour. FOTO IHSAN STDC

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang juga Ahli Lembaga Pengarah STDC, Dato’ Haji Zamani Ahmad Mansor.

Beliau membentangkan topik “Peranan Kerajaan dalam Ekosistem Kecerdasan Buatan (AI): Ke Arah Data-Driven Governance dan Pembangunan AI-Ready Workforce” pada sesi pagi konvensyen berkenaan.

Program intensif itu dirangka bagi membantu pelajar beralih daripada tahap kesedaran AI kepada pelaksanaan AI secara praktikal, termasuk pendedahan terhadap penggunaan Gemini, Vertex AI, pembangunan enjin carian dokumen, aplikasi multimodal serta pengurusan keselamatan AI secara bertanggungjawab.

Menerusi inisiatif itu, STDC turut memberi penekanan terhadap pembangunan bakat masa depan, kedaulatan AI (AI Sovereignty), kecekapan kos teknologi serta penggunaan AI yang selamat dan beretika.

Penganjuran konvensyen berkenaan mencerminkan komitmen berterusan STDC dalam melahirkan generasi inovator muda yang mampu memacu transformasi digital Selangor dan negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.