Lebih 30 pembentang sertai SEGEMUK III, kupas evolusi juadah asli, moden

6 Mei 2026, 3:56 AM
Lebih 30 pembentang sertai SEGEMUK III, kupas evolusi juadah asli, moden
Lebih 30 pembentang sertai SEGEMUK III, kupas evolusi juadah asli, moden
Lebih 30 pembentang sertai SEGEMUK III, kupas evolusi juadah asli, moden
Lebih 30 pembentang sertai SEGEMUK III, kupas evolusi juadah asli, moden

BANGI, 6 MEI: Seminar Gastronomi Kebangsaan kali ketiga (SEGEMUK III) menghimpunkan lebih 30 pembentang dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh penyelidikan serta mengangkat martabat makanan warisan.

Seminar sehari itu menghimpunkan pembentang dari beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Manakala 14 pembentang antarabangsa termasuk dari Indonesia turut mengambil bahagian, sekali gus memperkayakan perbincangan merentas sempadan.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), seminar bertemakan Juadah Asli VS Lakuran itu dihadiri lebih 200 peserta termasuk ahli akademik dan penggiat industri gastronomi.

SEGEMUK III memberi tumpuan kepada kajian gastronomi alam Melayu yang merangkumi pelbagai disiplin seperti bahasa, budaya, psikologi, sastera dan arkeologi.

Diterajui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, pengucap utama majlis berkenaan ialah pempengaruh terkenal dalam bidang masakan iaitu Chef Kecik juga pemilik restoran terkenal Chef Kecik.

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM, Dr. Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani) bercakap kepada Media Selangor ketika Seminar Segemuk 3 Gastronomi Kebangsaan d Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Hulu Langat pada 6 Mei 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Pengerusi SEGEMUK Dr Mohd Faizal Musa, yang juga Felo Penyelidik ATMA UKM menjelaskan bidang gastronomi tidak seharusnya dilihat secara sempit sebagai seni kulinari semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata, ia melibatkan aspek lebih luas termasuk sains rasa, penyediaan makanan, etika hidangan serta falsafah di sebalik sesuatu juadah.

“Gastronomi sering disalahertikan sebagai bidang ringan yang hanya berkait dengan hiburan dan perhotelan, sedangkan ia merupakan disiplin ilmu yang kompleks dan penting dalam memahami identiti budaya,” katanya.

Tambahnya, SEGEMUK III turut meneliti cabaran semasa gastronomi Melayu termasuk kesan urbanisasi terhadap kelestarian makanan tradisional serta isu lestari warisan makanan.

Selain itu, isu keaslian makanan Melayu yang berdepan proses lakuran serta perubahan cita rasa generasi baharu turut menjadi fokus utama perbincangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.