Kanak-kanak perempuan 10 tahun ditemukan lemas di Jeram Toi

2 Mei 2026, 11:53 PM
Kanak-kanak perempuan 10 tahun ditemukan lemas di Jeram Toi

SEREMBAN, 3 MEI: Seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun ditemukan lemas, selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam buatan di Taman Eko Rimba Jeram Toi, Jelebu, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu Supt Azizan Said berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) pada 5.44 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa datang ke lokasi kejadian bersama ahli keluarga untuk berkelah. Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam kolam berkenaan.

“Ibu mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa tenggelam ke dasar kolam. Ibunya memaklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak pandai berenang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil bantuan pengunjung yang berada di tempat kejadian, menemukan mangsa di dasar kolam dan dia dibawa ke Hospital Jelebu untuk menerima rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia pada 2.58 petang.

Azizan berkata bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.