Pasangan warga emas maut tersepit dalam kemalangan

2 Mei 2026, 1:51 PM
Pasangan warga emas maut tersepit dalam kemalangan

IPOH, 2 MEI: Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Batu 5 Jalan Maharajalela dekat Teluk Intan, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dalam insiden 2.40 petang itu, pasangan berusia 70 tahun itu meninggal dunia di lokasi akibat tersepit dalam kereta Toyota Vios yang mereka naiki.

“Jentera tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta, iaitu Proton Persona dan Toyota Vios dan terdapat tiga mangsa yang tersepit.

“Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lagi mangsa, iaitu lelaki berusia 63 tahun yang menaiki Proton Persona mengalami kecederaan pada tangan dan kaki selepas tersepit di bahagian pemandu.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan manakala jasad dua yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.