Pelajar kolej maut 61 tikaman, dua lelaki ditahan

2 Mei 2026, 12:05 AM
Pelajar kolej maut 61 tikaman, dua lelaki ditahan

SHAH ALAM, 2 MEI: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan penuntut kolej wanita dengan kesan 61 tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 19 tahun ditahan di sekitar Ketereh malam tadi, lapor Harian Metro.

Polis dijangka mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, mayat seorang wanita yang ditinggalkan di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh, tengah malam tadi mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.

Katanya, hasil pemerhatian awal di lokasi mendapati, mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama 'SYAA', seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.