Israel pintas Global Sumud Flotilla, aktivis lapor komunikasi diganggu

30 Apr 2026, 12:22 AM
Israel pintas Global Sumud Flotilla, aktivis lapor komunikasi diganggu

Aktivis di atas armada Global Sumud Flotilla yang menuju ke Gaza mendakwa mereka didekati kapal frigat dan kapal perang ketika komunikasi mereka diganggu.

Menurut mereka, dron turut berlegar di ruang udara armada berkenaan lewat malam Rabu.

Sementara itu, sumber tentera Israel memaklumkan kepada penyiar awam negara itu, KAN, bahawa pihak tentera mula mengambil alih kawalan armada berkenaan.

Sumber itu menambah, Israel memutuskan untuk memintas armada tersebut ratusan kilometer dari pantainya di kawasan berhampiran pulau Crete.

Armada yang berlepas dari beberapa negara termasuk Turkiye, Sepanyol dan Itali itu melibatkan lebih 100 kapal serta kira-kira 1,000 peserta.

Ia merupakan misi kedua Global Freedom Flotilla selepas cubaan terdahulu pada September 2025 berakhir dengan serangan Israel terhadap kapal-kapal berkenaan pada Oktober tahun sama ketika berada di perairan antarabangsa, selain penahanan ratusan aktivis antarabangsa sebelum dihantar pulang.

Sementara itu, Satu kenyataan yang dimuat naik di platform X rasmi Global Sumud Flotilla mendakwa, bot mereka turut didekati kapal laju tentera yang memperkenalkan diri sebagai Israel dengan pancaran laser disuluh dan senjata api separa automatik diacukan, sambil peserta diarahkan berkumpul di hadapan bot dan berlutut dengan tangan di atas kepala.

Komunikasi bot diganggu dan isyarat kecemasan (SOS) telah dihantar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.