BANDAR GAZA/ISTANBUL, 24 NOV: Kementerian Dalam Negeri Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri Brigedier Jeneral Naim Mohammed Abu Nahl terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkannya di barat Bandar Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Abu Nahl, 50, syahid dalam operasi pembunuhan yang dilancarkan oleh pesawat tentera pendudukan Israel di barat Bandar Gaza," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Sumber perubatan sebelum ini memberitahu Anadolu bahawa seorang rakyat Palestin terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan dron Israel yang menyasarkan sekumpulan orang awam berhampiran Dataran Haidar di barat Bandar Gaza.







