Dron Israel serang universiti di Gaza, tujuh rakyat Palestin cedera

25 Okt 2026, 1:45 PM
Dron Israel serang universiti di Gaza, tujuh rakyat Palestin cedera

GAZA, 25 OKT: Serangan dron Israel menyasarkan kampus Universiti Islam di Bandar Gaza pada Ahad, menyebabkan tujuh rakyat Palestin cedera, termasuk lima pelajar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pihak universiti memaklumkan bahawa beberapa pelajar yang cedera berada dalam keadaan parah.

Rakaman video menunjukkan orang ramai berkumpul di lokasi kejadian, pelajar yang cedera diusung ke dalam ambulans serta beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat serangan itu.

Serangan itu mencetuskan panik dalam kalangan pelajar dan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal yang berlindung di kampus berkenaan selepas kediaman mereka musnah.

Pihak universiti mengumumkan penggantungan aktiviti akademik dan pentadbiran susulan serangan itu.

Sejak Oktober 2023, perang genosid Israel di Gaza telah membunuh lebih 74,000 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 175,000 yang lain, selain menyebabkan kemusnahan meluas yang menjejaskan kira-kira 90 peratus daripada infrastruktur awam wilayah berkenaan.

Lebih 1,500 orang terbunuh sejak gencatan senjata tahun lepas.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.