Tengkujuh Dari Bibirmu

26 Apr 2026, 2:50 AM
Tengkujuh Dari Bibirmu

Oleh Adie Abd Gani

Ilustrasi Muizzah

semburan sihir dari bibirmu

adalah rejam tengkujuh

tak ingin lagi kutadahkan—

biar setiap satunya pecah di tanah

disejatkan lupa

(sentiasa lebatmu bergenang

lantas menjadi selut

maha lecah dan dalam)

yang terbabas, terkandas— aku

kala menghumbas dari cemar lumpur 

bertakungan noda dan dusta

ah! betapa kunantikan

lidahmu kemarau,

ya, lidahmu.

Kuching, Sarawak


Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.