PETALING JAYA, 20 APRIL: Sambutan Vaisakhi Peringkat Selangor di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi, berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 pengunjung daripada komuniti Sikh.
pembasmian Kemiskinan Papparaidu Veeraman
EXCO Pembasmian Kemiskinan, V. Papparaidu berkata Kerajaan Negeri terus komited menyokong pembangunan komuniti itu menerusi penyaluran peruntukan berjumlah RM95,200 kepada 13 gurdwara di seluruh negeri.
Menurutnya, tambahan khas sebanyak RM50,000 turut disalurkan kepada Persatuan Penganut Sikh Petaling Jaya susulan perpindahan lokasi operasinya.
“Kerajaan Negeri menyalurkan RM95,200 kepada 13 gurdwara, termasuk tambahan RM50,000 kepada Persatuan Penganut Sikh Petaling Jaya sebagai tanda sokongan berterusan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Papparaidu turut menyifatkan sambutan kali ini lebih meriah dengan penyertaan aktif komuniti Sikh.
“Saya teruja melihat kehadiran yang menggalakkan. Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini,” katanya.
Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional serta persembahan kebudayaan, sekali gus mencerminkan keunikan dan kekayaan warisan komuniti Sikh di negeri ini.










