Sultan gembira pelaburan di Selangor, harap usaha baharu tawar lebih banyak peluang kerja 

20 Apr 2026, 3:37 AM
Sultan gembira pelaburan di Selangor, harap usaha baharu tawar lebih banyak peluang kerja 
Sultan gembira pelaburan di Selangor, harap usaha baharu tawar lebih banyak peluang kerja 
Sultan gembira pelaburan di Selangor, harap usaha baharu tawar lebih banyak peluang kerja 

SHAH ALAM, 20 APR : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor gembira dengan pelaburan yang diterima Kerajaan Negeri dan berharap sektor perkilangan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah, Baginda menerima maklum aktiviti ekonomi di Selangor mencatatkan pelaburan RM83.9 bilion, iaitu melebihi sasaran RM65 bilion dengan peningkatan sebanyak RM18.9 bilion pada tahun lalu.

“Beta gembira melihat bahawa lebih separuh daripada jumlah pelaburan di Selangor pada tahun lalu datang daripada pelabur tempatan, iaitu bernilai RM48.9 bilion bersamaan 58.3 peratus.

“Oleh itu, Beta berharap terdapat usaha baharu untuk merancakkan lagi aktiviti sektor perkilangan yang mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Beta,” titah Baginda sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Dewan Negeri Selangor ke-15 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Turut berangkat, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Baginda turut menzahirkan keyakinan terdapat potensi besar untuk memperluaskan sektor perkilangan dan pembuatan yang kini menyumbang 21.6 peratus kepada ekonomi negeri, khususnya melalui pelaburan baharu dalam bidang berteknologi tinggi.

Justeru Baginda menegaskan, inisiatif Speed Selangor perlu dipertingkatkan bagi memudahkan urusan perniagaan sekali gus mampu mengoptimumkan pelabur ke Selangor.

Langkah itu, titah Baginda, penting supaya industri sedia ada dapat dibangunkan dengan lebih pantas, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan secara efektif, pantas dan efisien kepada rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.