Video tular dera anak anjing, lelaki ditahan polis

16 Apr 2026, 12:41 AM
Video tular dera anak anjing, lelaki ditahan polis

SHAH ALAM, 16 APRIL: Polis menahan seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air, di Seksyen 32, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata penahanan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilakukan di sebuah tapak pembinaan pada 3.40 petang, selepas pihaknya menerima laporan orang awam yang melihat video insiden berkenaan melalui media sosial TikTok, pada 2.14 pagi, hari yang sama.

“Semasa tangkapan dibuat, tiga ekor anjing turut dirampas dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan.

Ramsay berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan insiden itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne melalui talian 014-6907071.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 22 saat memaparkan seorang lelaki bertindak merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.