Guru wanita rempuh dua pelajar sekolah dibawa ke mahkamah untuk proses reman

13 Apr 2026, 1:17 AM
Guru wanita rempuh dua pelajar sekolah dibawa ke mahkamah untuk proses reman

SHAH ALAM, 13 APRIL: Guru yang merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah sehingga mengakibatkan seorang pelajar tingkatan satu maut tengah hari semalam dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi ini

Guru wanita yang berusia 57 tahun tiba dengan menaiki trak polis jam 8.40 pagi dan memakai baju lokap, lapor Berita Harian.

Guru berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media semalam melaporkan, seorang pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi parah selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di hadapan surau sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri dilaporkan berkata, kejadian jam 1.50 tengah hari itu membabitkan seorang pemandu kereta dan mangsa adalah dua pelajar perempuan.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.

Akibat kejadian itu, seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi parah dan menerima rawatan di hospital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.