SUKMA Selangor 2026: Atlet terima subsidi RM100 sehari, tiada perkampungan sukan

11 Apr 2026, 1:03 PM
SUKMA Selangor 2026: Atlet terima subsidi RM100 sehari, tiada perkampungan sukan

SUNGAI PETANI, 11 APRIL: Tiada perkampungan sukan akan disediakan bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadual berlangsung 15 hingga 24 Ogos depan, sebaliknya atlet terlibat akan menerima subsidi penginapan mengikut kontinjen masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang diadakan Khamis lepas sebagai sebahagian langkah penjimatan kos penganjuran.

"Dalam mesyuarat tersebut, Selangor selaku tuan rumah telah membentangkan semua venue dan dimaklumkan bahawa tiada perkampungan sukan kali ini.

“Jadi setiap atlet akan diberikan subsidi sebanyak RM100 sehari, manakala pengurusan negeri masing-masing akan menguruskan penempatan atlet di lokasi yang dipilih oleh kontinjen,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Raya Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani di Sekolah Menengah Persendirian Sin Min, Taman Keladi, di sini hari ini.

Beliau berkata penganjuran temasya itu akan dilaksanakan secara lebih berskala kecil, namun tidak menjejaskan kualiti atlet, sukan dan penganjuran keseluruhan.

-- BERNAMA

TAG: Mohammed Taufiq, SUKMA, perkampungan sukan, KBS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.