Pagar surau kampung Orang Asli siap dibaik pulih, tingkat keselamatan, keselesaan

8 Apr 2026, 8:55 AM
Pagar surau kampung Orang Asli siap dibaik pulih, tingkat keselamatan, keselesaan
Pagar surau kampung Orang Asli siap dibaik pulih, tingkat keselamatan, keselesaan

SHAH ALAM, 8 APRIL: Projek pemasangan pagar surau Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya di sini, siap dilaksanakan dengan peruntukan RM20,146.50 daripada Kerajaan Selangor.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu berkata projek itu melibatkan kerja membaik pulih pagar yang uzur dan rosak disebabkan faktor usia, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan kawasan berkenaan.

Menurutnya, pelaksanaan projek berkenaan turut memperlihatkan semangat kebersamaan apabila dijalankan secara gotong-royong dengan penglibatan komuniti Orang Asli setempat.

“Penglibatan komuniti ini mencerminkan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan penduduk.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Beradat Tok Batin Kamal yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha ini serta memastikan kelancaran pelaksanaannya,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan aspek keselamatan, malah mengeratkan hubungan komuniti selain memastikan keselesaan penduduk terus terpelihara.

Papparaidu turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohamad Anis Othman serta Penolong Pengarah UPEN Rahayu Ali atas kerjasama menjayakan projek berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.