SHAH ALAM, 7 APRIL: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dijayakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.
Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).
Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).
Empat lokasi JER dianjurkan dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari iaitu di DUN Kota Damansara, Sungai Pelek, Kota Anggerik dan Kuala Kubu Bharu manakala DUN Kuang bermula dari jam 3.30 hingga 6,30 petang.
Berikut lokasi JER hari ini:

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.
Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.












