Rumah terbuka skala kecil di Kajang dekati rakyat lebih berkesan

6 Apr 2026, 12:00 AM
Rumah terbuka skala kecil di Kajang dekati rakyat lebih berkesan

HULU LANGAT, 6 APR: Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri berskala kecil di lima kampung merupakan pendekatan proaktif wakil rakyat Kajang mendekati rakyat secara lebih efektif.

David Cheong berkata ia dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memastikan pelaksanaannya menepati sasaran komuniti.

Menurutnya, rumah terbuka Aidilfitri DUN Kajang yang berlangsung hari ini di Balai Raya JPKK Kampung Batu 13 dihadiri kira-kira 1,000 penduduk dengan pelbagai juadah disediakan termasuk air balang, kuih-muih, nasi minyak dan mi kari.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang David Cheong bercakap kepada media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kajang di Balairaya Kampung Batu 13, Hulu Langat pada 5 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Bila buat skala kecil orang kampung mudah datang kerana dekat dengan mereka. Saya juga senang untuk dekati mereka, boleh duduk bersama satu meja.

“Selepas itu apa yang mereka adu, saya ambil perhatian dan saya akan buat kerja. Anjur majlis skala kecil ini lebih mudah saya dengar aduan mereka,” katanya ditemui hari ini.

Menurutnya, rumah terbuka Aidilfitri DUN Kajang akan diteruskan di empat lagi lokasi dengan kehadiran kira-kira 1,000 penduduk bagi setiap kawasan.

Ia akan dianjurkan di Surau Madrasatul Rahmaniah, Kampung Sungai Jernih (11 April) dan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat (12 April).

Selain itu, Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan (18 April) dan Balai Raya JPKK Bukit Dukong (19 April) bermula jam 8 hingga 10 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.