Oleh Fadhilah Ad Deen
Ilustrasi Muizzah
kalau kaudatang bertelanjang
bukan lapis baju agar malukau kurang
dari genggamku kain kemudian benang
dan cumalah sebilah amaran paling satu
bukan jarum cuba melukakan jari ibu
tapi sempena mabuk berpayah
cuba menjahit poket ayah
kalau datang ke aku bertelanjang
dari genggamku jarum, kain, dan benang
sampai ilmu kupakaikan bagai pakaian
lalu malu gagal ditanggal tinggalkan
Ijok, Perak








