Persiapan haji 2026 lancar, penerbangan bermula 18 April

4 Apr 2026, 7:54 AM
Persiapan haji 2026 lancar, penerbangan bermula 18 April
Persiapan haji 2026 lancar, penerbangan bermula 18 April
Persiapan haji 2026 lancar, penerbangan bermula 18 April
Persiapan haji 2026 lancar, penerbangan bermula 18 April
Persiapan haji 2026 lancar, penerbangan bermula 18 April

KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Persiapan rapi bagi jemaah Malaysia ke Tanah Suci untuk musim haji 2026, dengan penerbangan pertama 18 April ini akan diteruskan mengikut perancangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Zulkifli berkata lawatan beliau ke Makkah dan Madinah baru-baru ini mendapati Lembaga Tabung Haji (TH) sudah membuat persiapan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya baru pulang lawatan rasmi ke Madinah dan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang dihadiri ramai menteri agama serta menteri haji dari seluruh dunia.

“Operasi haji berjalan seperti yang dirancang. Kita sudah membuat perancangan yang sangat teliti dan TH telah melakukan persiapan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemasyhuran dan Konvokesyen Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) Kali Ke-16, di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Foto BERNAMA

Beliau berkata TH turut mempunyai pelan kontingensi yang baik bagi menghadapi sebarang perubahan tidak dijangka.

“Setakat ini, perbincangan menunjukkan bahawa pelan kontingensi yang telah dirangka mampu menyerap sebarang perubahan yang berlaku.

“Namun, kita berdoa agar ibadah haji tahun ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Semua jemaah haji akan mengikuti perancangan ditetapkan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.