114 kilogram syabu bernilai RM5.7 juta ditemui dalam bot

1 Apr 2026, 3:42 PM
114 kilogram syabu bernilai RM5.7 juta ditemui dalam bot
114 kilogram syabu bernilai RM5.7 juta ditemui dalam bot

KOTA BHARU, 1 APR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 114 kilogram syabu dianggar bernilai RM5.7 juta berdekatan Sungai Peng, Pengkalan Chepa, Ahad lalu.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira 12.30 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota risik Batalion 9.

“Pasukan operasi menemukan sebuah bot berwarna biru yang ditinggalkan di kawasan semak dan pemeriksaan lanjut menjumpai beberapa guni putih mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan operasi turut merampas sebuah motobot dipercayai digunakan dalam kegiatan itu manakala kes disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes lain, Ahmad Radzi berkata pihaknya berjaya merampas lebih 10 tan beras putih serta beras pulut bernilai lebih RM41,000 disyaki diseludup dari negara jiran dalam tiga serbuan di Pasir Mas dan Tumpat semalam.

"Dua lelaki disyaki bertindak sebagai pembawa beras untuk dijual ke pasaran tempatan turut ditahan manakala kes disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 552),” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.