Kapal Malaysia tidak dikenakan caj tol, selamat lalui Selat Hormuz

1 Apr 2026, 6:33 AM
Kapal Malaysia tidak dikenakan caj tol, selamat lalui Selat Hormuz
Kapal Malaysia tidak dikenakan caj tol, selamat lalui Selat Hormuz

SHAH ALAM, 1 APRIL: Menteri Pengangkutan mengesahkan kapal Malaysia melalui Selat Hormuz tidak dikenakan sebarang caj tol.

Menurut Anthony Loke, biarpun konflik melanda Asia Barat, Kerajaan Iran memberi jaminan kapal Malaysia selamat ketika melalui selat itu.

“Kerajaan Iran memberi komitmen dan kepercayaan bahawa kapal Malaysia dibenarkan melepasi Selat Hormuz dengan selamat.

“Malah, Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi telah memaklumkan perkara ini kerana Malaysia dianggap negara sahabat yang mempunyai hubungan diplomatik kukuh,” katanya pada sidang media semalam.

Dalam pada itu, Anthony memaklumkan biarpun tiada gangguan besar berlaku disebabkan konflik tersebut, sektor logistik dan pengangkutan memberi kesan berikutan berlakunya peningkatan kos bahan api.

“Industri penerbangan contohnya yang berdepan dengan kenaikan bahan api, ia memerlukan penggiat mengubah operasi dengan menyemak semula laluan dan frekuensi.

“Peningkatan kos bahan api jet juga mungkin memaksa syarikat menggabungkan penerbangan demi memastikan kecekapan yang lebih tinggi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.