AS akan 'berundur' dari Iran dua hingga tiga minggu lagi - Trump

1 Apr 2026, 2:29 AM
AS akan 'berundur' dari Iran dua hingga tiga minggu lagi - Trump

WASHINGTON, 1 APRIL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa berkata tentera Amerika akan berundur dari Iran dalam tempoh “dua hingga tiga minggu”, menandakan berakhirnya serangan yang sedang berlangsung terhadap negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Apa yang perlu saya lakukan hanyalah meninggalkan Iran dan kami akan melakukannya tidak lama lagi,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Beliau mendakwa objektif pentadbirannya untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear telah tercapai, dengan berkata: “Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear. Dan matlamat itu telah tercapai.”

Trump turut mendakwa serangan AS telah melemahkan keupayaan ketenteraan Iran secara ketara dengan menyatakan Tehran mungkin memerlukan 15 hingga 20 tahun untuk membinanya semula.

“Kami akan berundur tidak lama lagi dan jika Perancis atau mana-mana negara lain mahu mendapatkan minyak atau gas, mereka boleh melalui selat itu.

“Mereka mampu menguruskan sendiri. Saya fikir ia akan sangat selamat sebenarnya, tetapi kami tidak ada kaitan dengan perkara itu,’ kata Trump.

Sekurang-kurangnya 13 anggota perkhidmatan AS terbunuh sejak konflik bermula, menurut angka rasmi Amerika.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.