Lebih 113,000 premis awam musnah akibat serangan AS-Israel ke atas Iran

1 Apr 2026, 2:00 AM
Lebih 113,000 premis awam musnah akibat serangan AS-Israel ke atas Iran

ISTANBUL, 1 APRIL: Lebih 113,000 premis awam termasuk rumah, sekolah dan kemudahan komersial rosak dalam serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Selasa.

Organisasi itu memaklumkan sebanyak 90,063 rumah, 21,059 kemudahan komersial, 760 pusat pendidikan serta 18 kemudahan berkaitan Bulan Sabit Merah turut mengalami kerosakan, lapor Anadolu Ajansi.

Tiga helikopter bantuan juga turut mengalami kerosakan akibat serangan berkenaan.

Sejak 28 Februari, Israel dan AS melaksanakan operasi ketenteraan terhadap Iran, mengakibatkan ribuan terkorban, menurut pihak berkuasa Iran.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta pangkalan AS di beberapa negara Arab.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.