Kanak-kanak enam tahun rentung dalam kebakaran rumah

10 Feb 2026, 3:45 AM
Kanak-kanak enam tahun rentung dalam kebakaran rumah

SHAH ALAM, 10 FEB: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Patau, Tambunan di Keningau awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mayat kanak-kanak perempuan berkenaan ditemukan di dalam bilik, manakala seorang lagi wanita berusia 31 tahun cedera ketika cuba menyelamatkan diri, lapor Berita Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 pagi berhubung insiden itu.

Susulan itu, beliau berkata, lapan pegawai dan anggota bomba bersama jentera bergegas ke lokasi yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Tambunan.

"Kebakaran membabitkan dua rumah, tiga kenderaan serta dua mangsa. Seorang kanak-kanak perempuan ditemui rentung di dalam sebuah bilik. Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Seorang lagi mangsa pula mengalami kecederaan ketika menyelamatkan diri, dan sudah dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu dipadam menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7 pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.