Mangsa kebakaran Kampung Pasir disantuni, terima bantuan awal

31 Mac 2026, 5:10 AM
Mangsa kebakaran Kampung Pasir disantuni, terima bantuan awal

SHAH ALAM, 31 MAC: 11 sekeluarga yang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir, Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor pada 28 Mac lalu menerima bantuan awal bagi meringankan beban mereka.

Ahli Majlis Zon 14 Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Wong Sheau Mei menziarahi mangsa bersama Ketua Kampung Pasir, Tok Hayati bagi melihat sendiri keadaan mereka serta menzahirkan sokongan.

“Kejadian ini amat menyedihkan dan memberi kesan besar kepada keluarga terlibat, lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak yang turut terkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam kunjungan tersebut, beliau menyalurkan bantuan termasuk bakul makanan kepada keluarga berkenaan.

Ahli Majlis Zon 14 Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Wong Sheau Mei meninjau rumah mangsa kebakaran di Kampung Pasir pada 29 Mac 2026. Foto Facebook ML Wong

“Walaupun sumbangan ini tidak mampu menggantikan segala kerugian, diharapkan ia dapat membantu mereka menghadapi saat sukar ini,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru orang ramai yang berkemampuan agar tampil menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan, barangan keperluan harian atau sokongan moral.

Sheau Mei berkata keprihatinan semua pihak amat diperlukan bagi membantu keluarga berkenaan bangkit daripada dugaan tersebut.

"Saya doakan semoga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.