Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran rumah

10 Sep 2026, 12:15 AM
Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran rumah
Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran rumah
Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran rumah

KLUANG, 10 SEPT: Ibu dan dua anak lelakinya maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 11, 18 dan 49 tahun.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 malam, sebelum 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang tiba di lokasi, kira-kira lima minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 16 kaki x 70 kaki, dengan kira-kira 50 peratus struktur rumah terbakar.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam rumah dan kesemuanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba menggunakan dua aliran dengan dua pancutan bagi memadam kebakaran yang berjaya dikawal pada 12.32 tengah malam.

Turut digunakan dalam operasi ialah dua jentera SITRAK dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.