Juara Dunia ACC: Pasukan Kardiologi hospital Ipoh sekali lagi lakar sejarah

30 Mac 2026, 1:00 PM
Juara Dunia ACC: Pasukan Kardiologi hospital Ipoh sekali lagi lakar sejarah

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Pasukan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara dunia dalam pertandingan Fellows-in-Training (FITs) Jeopardy sempena American College of Cardiology Conference (ACC) 2026 di New Orleans.

Kejayaan itu dicapai menerusi gandingan tiga pakar muda negara iaitu Dr Chen Tai Meng, Dr Ang Jian-Gang dan Dr Yee Shen Yew yang berjaya menewaskan peserta dari pelbagai negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pencapaian berprestij itu membuktikan keupayaan pakar perubatan Malaysia setanding dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Foto BERNAMA

“Syabas juga buat Dr Nor Hanim Mohd Amin (HOD atau Ketua Jabatan Kardiologi) serta seluruh pasukan Kardiologi HRPB atas kepimpinan dan sokongan padu.

“​Kejayaan ini adalah satu "Hat-trick" kecemerlangan yang luar biasa selepas muncul juara kebangsaan anjuran National Heart Association of Malaysia pada 2024 dan juara serantau ACC Asia di Singapura pada 2025,” katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.

FITs Jeopardy yang berlangsung dari 28 hingga 30 Mac merupakan platform pembelajaran interaktif berprestij yang menggabungkan elemen kuiz, persaingan dan pendidikan, khusus untuk doktor pelatih kardiologi bagi mengasah ilmu serta membina rangkaian profesional global.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.