92 individu ditahan sertai aktiviti tanpa permit di hutan simpan Gombak

30 Mac 2026, 2:42 AM
92 individu ditahan sertai aktiviti tanpa permit di hutan simpan Gombak
92 individu ditahan sertai aktiviti tanpa permit di hutan simpan Gombak
92 individu ditahan sertai aktiviti tanpa permit di hutan simpan Gombak

GOMBAK, 30 MAC: Seramai 92 individu ditahan dalam ‘Ops Pau’ di Bukit Pau, Kemensah, semalam selepas dikesan menyertai aktiviti rekreasi tanpa permit sah dalam Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan.

Operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) itu berlangsung dari jam 6 pagi hingga 3 petang, diketuai Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah Mohd Hadre Mohamad bersama 22 anggota.

Menurut JPNS, semua individu terbabit dipercayai menyertai acara pendakian anjuran sebuah NGO tanpa mendapatkan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal (Borang 6).

“Penganjur dan kesemua peserta ditahan serta dibawa ke Balai Polis Taman Melawati untuk pelaporan dan siasatan lanjut,” menurut kenyataan JPNS di Facebook.

JPNS menegaskan tindakan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 47, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

Orang ramai dan penganjur diingatkan supaya mendapatkan permit terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang aktiviti dalam kawasan hutan simpan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.