Jualan Ehsan Rahmah kembali hari ini, peluang jimat belanja dapur

26 Mac 2026, 12:00 AM
Jualan Ehsan Rahmah kembali hari ini, peluang jimat belanja dapur
Jualan Ehsan Rahmah kembali hari ini, peluang jimat belanja dapur
Jualan Ehsan Rahmah kembali hari ini, peluang jimat belanja dapur
Jualan Ehsan Rahmah kembali hari ini, peluang jimat belanja dapur

SHAH ALAM, 26 MAC: Selepas bercuti sempena Aidilfitri, program Jualan Ehsan Rahmah kembali hari ini di empat lokasi dengan menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu berlangsung dua sesi iaitu pagi dan petang.

Bagi sesi pagi dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari, jualan akan diadakan di tiga lokasi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang (Tapak Pasar Malam Kampung Raja Uda), DUN Sekinchan (Masjid Jameul Huda Parit 7 Ban 2) dan DUN Tanjung Sepat (Ruang Parkir Luar SK Tanjung Sepat).

Sementara itu, sesi petang dari jam 3.30 hingga 6.30 petang berlangsung di DUN Sementa di Dewan Orang Ramai Kampung Jalan Palembang.

Program itu merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan asas pada harga lebih rendah sekali gus meringankan kos sara hidup.

Senarai lokasi program Jualan Ehsan Rahmah Madani pada 26 Mac 2026.

Antara barangan yang ditawarkan ialah ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kilogram (RM10) dan beras lima kilogram (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14) dan lampin bayi pakai buang (RM8).

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti susulan kejayaan mengendalikan pelbagai inisiatif termasuk program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar di negara ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.