Sisa Aidilfitri: Lapan PBT rekod kutipan lebih 95 peratus, operasi akan diteruskan

25 Mac 2026, 7:07 AM
Sisa Aidilfitri: Lapan PBT rekod kutipan lebih 95 peratus, operasi akan diteruskan

SHAH ALAM, 25 MAC: Lapan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) merekodkan operasi kutipan sisa domestik melebihi 95%, setakat 23 Mac lepas. 

KDEB Waste Management (KDEBWM) dalam kenyataan di Facebook menyebut bahawa status kutipan sisa domestik sempena Aidilfitri berjalan lancar dengan kutipan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) berjaya merekodkan 100% operasi. 

Selain itu, PBT lain yang merekodkan operasi kutipan pada atau lebih 95% adalah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK, 99%), Majlis Perbandaran Selayang (MPS, 96%) , Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA, 95%) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ, 98%) yang turut mengaktifkan satu zon sandaran pada waktu petang dan malam.

Sementara itu, empat lagi PBT iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merekodkan 89% operasi kutipan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS, 90%),  Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL, 88%) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ, 85%). 

Kesemua data direkodkan setakat jam 1.30 tengahari, 23 Mac lalu dan operasi kutipan akan diteruskan sepanjang musim perayaan. 

Terdahulu dilaporkan pihak KDEBWM menjangka kutipan sampah domestik meningkat sehingga 30 peratus sepanjang sambutan Aidilfitri.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Operasi, Mohd Idris Mohamed Yusof turut berkata peningkatan itu berlaku susulan aktiviti rumah terbuka serta amalan ziarah-menziarahi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.