'Mereka boleh berubah': Aidilfitri di Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang

25 Mac 2026, 1:00 AM
'Mereka boleh berubah': Aidilfitri di Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang
'Mereka boleh berubah': Aidilfitri di Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang
'Mereka boleh berubah': Aidilfitri di Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang
'Mereka boleh berubah': Aidilfitri di Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang

SEPANG, 25 MAC: Suasana sebak bercampur gembira menyelubungi Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Sepang apabila Orang Di Selia (ODS) khususnya beragama Islam, diberi peluang meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Program itu menjadi platform penting dalam usaha pemulihan apabila penghuni dapat meluangkan masa berkualiti dengan insan tersayang dalam suasana penuh emosi.

Timbalan Ketua PRP Sepang, Mohammad Hilmi Rasol berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan memastikan penghuni terus menerima sokongan keluarga sebelum kembali ke pangkuan masyarakat.

Menurutnya, pendekatan berasaskan institusi kekeluargaan itu penting dalam membantu proses perubahan diri ODS ke arah kehidupan lebih baik.

“Sebenarnya apa yang kita mahu adalah, kita maju tonjolkan sistem pemulihan yang mengutamakan sokongan keluarga. Di sini, kita mahu kembalikan ODS dalam keadaan berdikari dan kembali ke masyarakat tanpa prejudis.

Timbalan Ketua PRP Sepang Mohammad Hilmi Rasol bercakap kepada media ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Reintegrasi Penghuni, Sepang pada 24 Mac 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Mereka dalam proses perubahan. Kita buat pemulihan untuk mereka dapat kembali kepercayaan keluarga dan masyarakat. Mereka boleh berubah,” katanya.

Mohammad Hilmi berkata, program sambutan Hari Raya ODS bersama keluarga turut dianjurkan pada musim perayaan lain bagi memastikan setiap penghuni terus menerima sokongan keluarga masing-masing.

Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima maklum balas yang baik daripada keluarga ODS dengan tempahan temujanji dibuka seminggu sebelum tarikh perjumpaan.

“Perjumpaan perayaan ada pada setiap perayaan utama di negara kita. Cuma kali ini, kita mahu ketengahkan sistem pemulihan kita iaitu melalui sokongan keluarga yang lebih utama,” katanya.

PRP Sepang yang terletak di Kampung Ulu Teris, merupakan pusat pemulihan fasa akhir seliaan Jabatan Penjara Malaysia yang menempatkan 457 penghuni dengan baki hukuman tiga tahun ke bawah.

Semua ODS diberi pelbagai kemahiran seperti pertanian, menjahit, memasak serta turut peluang berkhidmat bersama komuniti dan bekerja dengan pihak industri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.