Operasi cegah lumba haram, polis keluarkan 46 saman

23 Mac 2026, 8:00 AM
Operasi cegah lumba haram, polis keluarkan 46 saman
SHAH ALAM, 23 MAC: Sebanyak 46 saman dikeluarkan dalam operasi khas dijalankan susulan aduan aktiviti lumba haram di Jalan Setia Mayuri, Semenyih, semalam.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kajang memaklumkan operasi Op Samseng Jalanan dan Cegah Jenayah itu melibatkan pemeriksaan terhadap 24 individu bersama 18 motosikal di lokasi berkenaan.

"Sebanyak 46 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk tiada lesen memandu, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh serta kesalahan teknikal kenderaan lain," menurut kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, pihaknya menegaskan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti lumba haram dan pelanggaran undang-undang jalan raya.

"Sebarang aktiviti lumba haram dan pelanggaran undang-undang jalan raya akan dikenakan tindakan tanpa kompromi demi memastikan keselamatan awam dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara," tegasnya.


Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.