MBSJ tutup premis rumah urut tanpa lesen di Subang Jaya, Puchong

21 Mac 2026, 8:00 AM
MBSJ tutup premis rumah urut tanpa lesen di Subang Jaya, Puchong

SHAH ALAM, 21 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menutup beberapa premis pusat kesihatan dan kecantikan (rumah urut) yang beroperasi tanpa lesen dalam operasi penguatkuasaan di sekitar SS14, USJ 1 serta Bandar Puteri, Puchong pada 14 Mac lalu.

MBSJ memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kelulusan sah daripada pihak berkuasa tempatan itu.

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk sitaan barangan serta penutupan premis secara serta-merta terhadap premis yang terlibat,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut MBSJ, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis perniagaan mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan.

Langkah itu, katanya, penting bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat.

Orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan aktiviti menyalahi peraturan boleh menyalurkannya melalui laman web rasmi MBSJ atau menghubungi Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03-80247700.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.