SHAH ALAM, 18 MAC: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bersama isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Selangor.
Baginda dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz berharap Syawal kali ini membawa kegembiraan, keberkatan dan memperkukuh perpaduan.
Menerusi Facebook, Baginda mahu seluruh rakyat menghidupkan amalan santuni keluarga, saudara mara dan rakan taulan.
“Sambutan perayaan lebih bermakna dengan amalan santuni keluarga, saudara mara, rakan taulan serta bermaaf-maafan.
“Beta bersama permaisuri hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Selangor tidak kira di mana berada.
“Sampaikan salam Beta dan keluarga kepada seluruh ahli keluarga anda,” titah Baginda.








