Kadar kemiskinan di Selangor menurun - EXCO

18 Mac 2026, 2:03 AM
Kadar kemiskinan di Selangor menurun - EXCO
Kadar kemiskinan di Selangor menurun - EXCO
Kadar kemiskinan di Selangor menurun - EXCO

SHAH ALAM, 18 MAC: Kadar kemiskinan di Selangor terus menunjukkan penurunan hasil pelaksanaan pelbagai program yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah.

EXCO Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata jumlah isi rumah miskin dianggarkan berkurang daripada 18,000 pada 2024 kepada kira-kira 5,000 tahun lalu.

“Kita telah berjaya menoktahkan miskin tegar dan kini fokus beralih kepada usaha mengurangkan kadar kemiskinan serta memastikan mereka kekal keluar daripada kelompok itu.

“Kadar kemiskinan sentiasa berubah dan tidak statik, namun ia bukan halangan kerana menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan golongan ini terus keluar daripada kitaran kemiskinan,” katanya pada Program Ihsan Ramadan, malam tadi.

Terdahulu, beliau meluangkan masa berbuka puasa bersama wakil jabatan dan agensi kerajaan negeri serta keluarga kurang berkemampuan dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau turut menyampaikan bakul makanan kepada 100 penerima kurang berkemampuan sempena Aidilfitri.

Dalam pada itu, beliau menyeru golongan muda supaya memanfaatkan kursus di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Program TVET mampu meningkatkan kemahiran sekali gus membuka peluang pendapatan lebih tinggi kerana gaji yang ditawarkan adalah kompetitif.

“Pendapatan lebih baik akan membantu meningkatkan taraf hidup,” ujarnya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Negeri memantau kira-kira 3,500 keluarga berpendapatan rendah secara berkala setiap enam bulan bagi memastikan mereka tidak kembali ke kategori miskin tegar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan proaktif itu diambil bagi mengelakkan keluarga terlibat jatuh semula ke dalam kemiskinan tegar sebelum bantuan disalurkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.