Pengarang pertama akhbar Kosmo! Hamzah Sidek meninggal dunia

17 Mac 2026, 1:58 PM
Pengarang pertama akhbar Kosmo! Hamzah Sidek meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Pengarang pertama akhbar Kosmo!, Hamzah Sidek, 76, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Abdul Qadir Hamzah, 33, menerusi perkongsian di aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi selepas solat tarawih dan dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.

Allahyarham sebelum ini pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.