SHAH ALAM, 14 MAC: JPJ akan melaksanakan Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 16 hingga 29 Mac bagi meningkatkan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan.
Ketua Pengarah JPJ, Dato' Aedy Fadly Ramly, berkata operasi itu turut melibatkan larangan pemanduan kenderaanbBarangan selama empat hari, iaitu 19 hingga 20 Mac dan 28 hingga 29 Mac, di lebuh raya serta jalan utama seluruh negara.
“Tumpuan juga diberikan kepada sembilan kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang utama kemalangan jalan raya.
“Sembilan tumpuan tersebut termasuklah tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas termasuk melanggar lampu merah, memotong di garisan berkembar memandu di lorong kecemasan.
“Tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, membawa lebi muatan dan membawa muatan secara berbahaya,” katanya ketika sidang media Ops HRA di Terminal Bas Seksyen 17, di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Dato' Jazmanie Shafawi; Pengarah Kanan Penguatkuasa Dato' Muhammad Kifli Ma Hassan; Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Mood Yusop Mohamad; Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Azhar Manap dan Pengarah JPJ Negeri Selangor Azrin Borhan.
Mengulas lanjut, beliau menyeru semua pengguna jalan raya memandu secara berhemah dan mematuhi undang-undang sepanjang tempoh perayaan bagi memastikan perjalanan lebih selamat.









