RMS berkenan sampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 623 asnaf Sabak Bernam

12 Mac 2026, 2:02 PM

SABAK BERNAM, 12 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM311,500 kepada 623 asnaf pada Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama rakyat di Masjid Marzukiah, Lubuk Pusing, di sini hari ini.

Sumbangan melibatkan 223 fakir, 341 miskin dan 59 mualaf dengan setiap penerima menerima RM500 bagi membantu meringankan beban perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

Dalam majlis sama, Tengku Amir Shah turut berkenan menerima serahan wakaf korporat berjumlah RM480,000 daripada lima syarikat dan agensi.

Serahan wakaf melibatkan Sipro Plastik Sdn Bhd berjumlah RM200,000, diikuti Tenaga Nasional Berhad (RM100,000) dan Ameraya Property Sdn Bhd (RM100,000).

Turut menyerahkan sumbangan wakaf ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) RM50,000 serta KDEB Waste Management (KDEBWM) RM30,000.

Selepas majlis penyampaian sumbangan, baginda kemudian berbuka puasa bersama rakyat sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat Tarawih bersama jemaah.

Terdahulu, ketibaan Tengku Amir Shah disambut EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah serta EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Dato' Rizam Ismail.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato’ Salehuddin Saidin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad serta Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.