Hidup berpandukan al-Quran, jangan tertipu dengan dajal dan iblis (VIDEO)

12 Mac 2026, 11:01 AM
Hidup berpandukan al-Quran, jangan tertipu dengan dajal dan iblis (VIDEO)
Hidup berpandukan al-Quran, jangan tertipu dengan dajal dan iblis (VIDEO)

SHAH ALAM, 12 MAC: Umat Islam yang sentiasa beriman dan hidup berpandukan al-Quran dan Nabi Muhammad SAW berada di jalan lurus berbanding mereka yang mengingkarinya.

Pensyarah Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata manusia perlu menggunakan akal diberikan agar tidak terpesong.

“Dajal ini mengacau akal, syaitan pula emosi dan iblis mengganggu rohani. Sekiranya kita terbelenggu dengan tiga makhluk ini, maka terhijab kita dengan Allah SWT.

“Golongqn yang tertipu dengan tiga makhluk ini maka tidak akan lebih lurus berbanding yang berpegang dengan keimanan pada Allah SWT,” katanya mengulas ayat ke-22 Surah al-Mulk.

Ayat berkenaan dibacakan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dengan bimbingan Dr Ahmad Fakhrurrazi menerusi program Tadabbur al-Quran 30 Hari 30 Ayat sempena Ramadan.

Sementara itu, Amirudin turut menyeru supaya umat Islam memanfaatkan bulan Ramadan dengan memperbaiki diri dengan lebih baik.

“Kadangkala kita melihat mereka yang terpelajar dan mempunyai akal luar biasa tidak menjaga kerohanian, jiwa dan nafsu dengan betul.

“Di saat bulan Ramadan syaitan dibelenggu dan pintu neraka ditutup, ambil peluang untuk jernihkan supaya menjadi manusia tegak berdiri bukan secara fizikal tetapi dipandu jalan yang betul,” katanya.


Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.