RM65,000 disalur kepada masjid, surau di DUN Kota Kemuning

9 Mac 2026, 2:00 PM
RM65,000 disalur kepada masjid, surau di DUN Kota Kemuning

SHAH ALAM, 9 MAC: Sebanyak RM65,000 disalurkan kepada masjid dan surau di DUN Kota Kemuning bagi menyokong peranan institusi itu sebagai pusat ibadah serta aktiviti komuniti sepanjang Ramadan.

Wakil rakyatnya, S. Preakas berkata sumbangan berkenaan diagihkan kepada sembilan masjid dan lebih 30 surau yang menjadi pusat pelbagai aktiviti keagamaan dan kebajikan masyarakat setempat.

“Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang mengukuhkan kebersamaan dalam masyarakat. Bantuan kepada masjid dan surau ini adalah usaha memperkasakan institusi keagamaan sebagai pusat pembangunan komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Antara masjid yang menerima sumbangan ialah Masjid Taman Sri Muda, Masjid Kota Kemuning dan Masjid Putra Heights, manakala surau terlibat termasuk Surau Nurul Hidayah Seksyen 28, Surau An-Nur Subang Alam dan Surau Al-Falakh Pangsapuri Anggerik.

Preakas berharap sumbangan tersebut dapat membantu pihak pengurusan masjid dan surau meneruskan program keagamaan serta aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.