Sultan rasmi Masjid Darul Ulum, agih sumbangan raya kepada 521 asnaf

6 Mac 2026, 1:58 PM
Sultan rasmi Masjid Darul Ulum, agih sumbangan raya kepada 521 asnaf
Sultan rasmi Masjid Darul Ulum, agih sumbangan raya kepada 521 asnaf
Sultan rasmi Masjid Darul Ulum, agih sumbangan raya kepada 521 asnaf
Sultan rasmi Masjid Darul Ulum, agih sumbangan raya kepada 521 asnaf

GOMBAK, 6 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Darul Ulum, Sungai Buloh bersempena program Ihya’ Ramadan bersama rakyat, hari ini.

Dalam majlis sama, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 521 asnaf terdiri daripada 147 fakir, 248 miskin dan 126 mualaf membabitkan jumlah keseluruhan RM260,500 dengan masing-masing menerima RM500.

Sejurus majlis penyampaian sumbangan, Baginda kemudian berbuka puasa bersama rakyat sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid berkenaan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menunaikan solat Tarawih selepas majlis Berbuka Puasa (Ihya' Ramadhan) DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya serta perasmian masjid di Masjid Darul Ulum , Gombak pada 6 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Masjid Darul Ulum yang dibina di atas tanah seluas 0.8 ekar itu mula didirikan pada Januari 2023 dengan kos pembinaan berjumlah RM7 juta hasil peruntukan Kerajaan Negeri serta sumbangan orang awam.

Masjid berkenaan mampu menampung kira-kira 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan mula beroperasi sepenuhnya pada Disember 2024.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menandatangani plat perasmian Masjid Darul Ulum , Gombak pada 6 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, ketibaan Baginda yang diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Amirudin Shari dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohammad Fahmi Ngah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Salehuddin Saidin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad serta Mufti Selangor Anhar Opir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.