Ribut petir, hujan lebat diramal landa Selangor dan beberapa negeri hingga 9 malam

5 Mac 2026, 10:18 AM
Ribut petir, hujan lebat diramal landa Selangor dan beberapa negeri hingga 9 malam

SHAH ALAM, 5 MAC: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta beberapa bahagian di Sarawak dan Sabah.

Di Selangor, kawasan terlibat ialah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain Kuala Lumpur serta Putrajaya.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran tersebut merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.