KPDN serbu premis seleweng minyak masak di Pelabuhan Klang

5 Mac 2026, 2:53 AM
KPDN serbu premis seleweng minyak masak di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 5 MAC: Sebuah premis tidak bernama di Pelabuhan Klang diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, semalam, selepas disyaki menyeleweng minyak masak polibeg 1 kilogram.

Menurut agensi itu, operasi bersepadu bersama agensi lain mendapati premis berkenaan menyimpan barangan kawalan berkenaan tanpa permit, lesen atau surat kebenaran sah daripada Pengawal Bekalan.

“Kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan atau berurus niaga tanpa lesen sah,” kata kenyataan KPDN hari ini.

Agensi itu menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyeleweng barang kawalan demi keuntungan mudah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.