Tindakan seleweng minyak masak bersubsidi terbongkar, pengurus ditahan

11 Apr 2026, 2:48 AM
Tindakan seleweng minyak masak bersubsidi terbongkar, pengurus ditahan
Tindakan seleweng minyak masak bersubsidi terbongkar, pengurus ditahan

SHAH ALAM, 11 APRIL: Pengurus premis makanan di Taman Megah Ria, Johor Bahru ditahan selepas disyaki menyeleweng minyak masak paket bersubsidi dalam serbuan semalam.

Serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kira-kira jam 3 petang hasil risikan terhadap aktiviti mencurigakan di premis berkenaan.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata pemeriksaan mendapati minyak masak paket bersubsidi dipindahkan ke dalam botol, dipercayai untuk kegunaan perniagaan.

Menurutnya, pihak penguat kuasa turut menemukan beberapa peralatan seperti gunting, corong dan botol yang disyaki digunakan dalam aktiviti penyelewengan tersebut.

“Premis itu juga dikesan menyimpan barang kawalan berjadual iaitu gula, minyak masak paket dan tepung gandum tanpa permit sah,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata seorang lelaki yang juga pengurus premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, semua barang kawalan berjadual yang berkaitan turut disita untuk tindakan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.