Kerajaan perkukuh tadbir urus prasekolah, penyelarasan menyeluruh menjelang 2029

4 Mac 2026, 4:16 AM
Kerajaan perkukuh tadbir urus prasekolah, penyelarasan menyeluruh menjelang 2029
Kerajaan perkukuh tadbir urus prasekolah, penyelarasan menyeluruh menjelang 2029

SHAH ALAM, 4 MAC: Kerajaan memperkukuh tadbir urus pendidikan prasekolah menerusi penyelarasan menyeluruh yang dijangka dimuktamadkan menjelang 2029.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan tertumpu kepada penelitian mekanisme penyelarasan termasuk mempertimbangkan bentuk pelaksanaan sesuai sama ada melalui peralihan keseluruhan, pelaksanaan separa atau penyelarasan dari aspek kurikulum serta sistem pengurusan.

“Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Reformasi Pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) serta hala tuju Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang menekankan pengukuhan tadbir urus dan penyediaan akses pendidikan prasekolah berkualiti serta inklusif,” menurut KPM dalam kenyataan.

Tambahnya, pelaksanaan penyelarasan akan dibuat secara berfasa dengan keutamaan kepada penyeragaman kurikulum, penyelarasan sistem serta pemeliharaan mutu pendidikan tanpa menjejaskan kebajikan murid dan warga pendidik.

Langkah berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Tadbir Urus Pendidikan Prasekolah yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPM, Aminuddin Hassim.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Haslina Abdul Hamid dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Muhd Khair Razman Mohamed Anuar.

Usaha bersepadu itu dilihat sebagai langkah strategik kerajaan bagi memastikan sistem pendidikan prasekolah negara lebih tersusun, cekap dan mampan menjelang 2029.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.