MBDK keluar kompaun premis sebabkan gangguan bau di Klang

3 Mac 2026, 4:16 AM
MBDK keluar kompaun premis sebabkan gangguan bau di Klang
MBDK keluar kompaun premis sebabkan gangguan bau di Klang

SHAH ALAM, 3 MAC 2026: Susulan aduan bau busuk di Lorong Sultan Mohamed 1B, Bandar Sultan Sulaiman, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melancarkan siasatan segera bersama Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa.

Menurut kenyataan rasmi MBDK di Facebook, premis terbabit mempunyai lesen perniagaan sah tetapi gagal mematuhi tahap kebersihan dan syarat lesen, sekali gus menjejaskan keselesaan penduduk setempat.

MBDK telah mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk pengeluaran notis niat pembatalan lesen serta kompaun terhadap pengusaha yang melanggar peraturan.

“Pihak MBDK tidak akan berkompromi dengan pengusaha yang mengabaikan aspek kebersihan dan menggugat keharmonian komuniti setempat,” tegas kenyataan itu lagi.

MBDK menyeru semua pihak berkaitan agar terus mematuhi peraturan dan garis panduan demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti.

Apa reaksi anda?